Friday, February 10, 2012

He is my bosom friend

بسم الله الرحمن الرحيم
Ehem... Dengan nama Allah yg maha pengasih lagi maha penyayang. 
Quran kita nih digunakan untuk dibaca dan difahami, bukan jadi perhiasan letak atas meja, almari, bukan jadi alat nak lawan hantu, baca ayat-Nya tak mahu.
ish.. tapi tuh lah. orang sekarang. paling mudahlah kan.
Quran jadi barang hantaran ja. lepas nikah?  simpan dalam almari.
kahwin tu kan bina masjid. bukankah di dalam masjid itu orang beribadat kepada Allah?
kalau dah dalam perkahwinan tuh takda manisnya beribadat kepada Allah, 
umpama masjid yg tak diimarahkan. kosong. korang bayangkan lah sendiri macam mana keadaan masjid yg mati (?).


eh, topik utama pasal Quran dan mukjizat dia. apakehal melalut bab lain nih? haaiiissssyyy..


back to the point.

kita lah kan, dari dulu dengar ja Quran tuh hebat. semua benda ada.
pastuh kalau orang tanya, apa yg hebatnya Quran nih?
bangga lak tuh jawab. Quran nih semua benda ada. 
kalau orang tanya lagi, hah, apa bukti, surah apa? ayat apa?
dah taktau. senyap terus.
aku lah tuh. 
-_-"

dulu2 masa sekolah baca terjemahan pon macam kosong.
tak rasa apa-apa. tak nampak apa yg saintifiknya.
*aku lagi lah nih. 
-__-"

*sila ambil terjemahan masing2. kali ni aku nak korang cari sendiri dalam Quran. 
aku just tulis nombor ja. baru feel baca sendiri. 
takda terjemahan sendiri, Mr Google sedia membantu 24/7.
dan alangkah ruginya orang-orang yg tidak peduli, bukan ilmu yg aku buat, ilmu Allah, 
ilmu Sang Pencipta kita semua. Tuhan sekalian alam. (Al-Fatihah ; 2) 
tugas aku menyampaikan sahaja. 
zalim lah aku kalau tahu sorang-sorang tak cerita kat orang.
padahal, semua orang ada hak nak tau sekalipun dia bukan orang islam.



kata Quran tuh banyak benda saintifik.
apa bendanya yg saintifik?
yg biasa lah kita dengar,
madu tuh penawar? 16:69.
alah, selalu sangat dah.
matahari dan planet2 beredar atas orbit? 36:37-40
alaaaah... nih orang pon dah tau lama kan?

lagi? tuh ja?


okelah. kita advanced lah lagi.


tahukah anda, ada ayat yg menceritakan mengenai salji? 24:43.
amacam? subhanallah. coooool!

dalam Chemistry, kita belajar pasal chlorophyll tuh perlu untuk proses photosynthesis.
tahukah anda, melalui glucose  yg terhasil daripada proses ini akan terhasillah buah-buahan?
6:99. dalam ayat nih, 'khodiron' bermaksud hijau, yg mana dalam Bahasa Arab, 
ini ada kata nama, kalau ikut terjemahan, kita akan faham, pokok2 tuh yg hijau, sepatutnya hijau dalam ayat ini adalah kata sifat iaitu 'akhdar'. 
tetapi punya Allah nak kata buah-buahan itu dari sesuatu yg sememangnya hijau iaitu chlorophyll. sebab tuh lah Dia guna 'khodiron' dalam ayat nih.
masya Allah.


di dasar laut itu, tersangatlah gelap, sehinggakan cahaya pon tak boleh tembus.  24:40.
dalam terjemahan, 'gelombang demi gelombang' merujuk kepada spektrum cahaya. cahaya kan ada banyak warna, yg mana wavelength dia berbeza mengikut warna. 
cahaya cahaya ini hanya dapat menembus kedalaman laut yg tertentu mengikut warna.
yg mana bila sampai satu tahap kedalaman, tiada satu cahaya pon yg mampu menembusi.
*korang google lah sendiri. confirm jumpa.

semua benda hidup itu bergerak. 18:18.
dalam ayat nih, 'padahal mereka tidur, dan Kami bolak-balikkan kanan dan kiri..'
maksudnya, tidur tu hidup lagi kan? masih belum mati.
walaupun tidur dalam jangka masa yg lama, tapi Allah gerak-gerakkan badan mereka.
kalau diikutkan, dalam chemistry pon, segala benda punyai atom dan particle sendiri kan?
ingat tak, setiap zarah-zarah yg kecil itu sentiasa bergetar? 



kes beranak.okeee.. sila bukak 46:15.
'mengandung dan menyusunya selama 30 bulan..'
dalam islam, bayi patut disusui ibunya selama 2 tahun = 24 bulan.
30 -24 = 6.
jadi, 6 bulan ialah waktu paling minima untuk mengandung dan beranak.
ini diakui sendiri oleh Keith L. Moore yg menyatakan segala organ badan foetus complete terjadi pada akhir bulan ke-5.
uissyeeee.. hebat kan Quran nih?

segala haiwan yg hidup itu diciptakan daripada air. 24:45
analogi dia simple ja kot nak bagi faham. tell me what kind of animal can survive without water? NO such thing exists.  sebab tuh lah, kalau para saintis nak kaji planet lain yg manusia boleh hidup, kononnya 'nak lari', perkara pertama yg diorang cari ialah air.
kan?


 semua benda itu berpasang-pasangan 36:36.
aku tau, mostly first thing yg pop up dalam kepala bila baca ayat nih lelaki dan perempuan, kaaaaaan? -___-"
think out of the box.
segala organ2 dalam badan kita nih mesti kena ada gak 2 urat.
vein dan artery. darah yg keluar satu, g masuk satu.
lagi... api pasangannya air. even bunga pon ada jantan betina.
di sini, Allah nak tunjukkan, tiada satu pon yg perfect tanpa pasangan dia. 
hanya Dia satu-satunya yg sempurna. tiada dua atau tiga.


baru sikit kot, 0.01% apa dari isi Quran tuh.
tak masuk lagi component badan manusia nih terdiri daripada neutrogen oxygen, protein... bla3... ini pon ada dalam Quran.
itulah, orang suruh baca dan faham Quran nih bukan buat hiasan meja (membebel) * insafff..pheuww.
banyak lagi benda yg kita tak tau tapi ada. 


bayangkanlah, Quran ni diturunkan lebih kurang 1500 tahun dulu kepada Nabi Muhammad yg ummi (buta huruf) dan pada ketika tu, satu teknologi moden langsung takda nak kaji semua benda2 sains nih. 
zaman sekarang yg buktikan apa yg dalam Quran itu benar.
yg lain tak bukan, yg turunkan ayat ini hanyalah Dia yg menciptakan semua ini.
the divine words came from God, Allah, and not from Muhammad s.a.w.








setakat nih mesti dah terasa macam bertambah iman tuh kan? 
ceiiiii.. alhamdulillah.
:)

p/s : "Science without religion is lame, religion without science is blind." - Albert Einstein.

No comments:

Post a Comment