Aku genggam jemari,
berjalan perlahan,
pandang ke depan,
lari.
lari lagi dan terus berlari.
Luas, luas, tiada batas.
aku bebas.
tangan ku depa tinggi,
menggapai bayu,
menjerit bahagia,
lepas, lepas semuanya.
biar kosong.
tiada lagi terikat.
tiada lagi rantai.
tiada lagi soalan tanpa jawapan.
mana dia rasa bersalah?
mana dia rasa kecewa?
aku bebas.
aku bebas.
berhenti. perlahan. lahan.
yakin tertunduk.
fokus terduduk.
masih. masih lagi.
aku mahu bebas.
syurga pastinya.
No comments:
Post a Comment