Sunday, February 12, 2012

Biar mati anak, jangan mati adat.

" Biar mati anak, jangan mati adat "

Keras benar bunyi pepatah itu, sehingga menyakitkan jiwa Melayu Baru  bahawa jelik benar pemikiran orang dulu, sanggup mati anak semata- mata mahu mempertahankan adat.

Kita tidak boleh  memahami bahasa dahulu  dengan pemikiran hari ini. Bahasa lama perlu difikir cara lama. 

Orang Melayu membungkus agama dan adat  di dalam peti emas  yang dianggap sebagai jati dan harga diri.Agama dan  tatasusila  adat melayu, berfungsi untuk membentuk sebuah kehidupan  yang sopan , berseni dan berakhlak supaya cantik dipandang, sedap didengar dan manis dirasa. 

Maka jika bertemu watikah  bertulis sebagai  " hukum adat " janganlah terus dihumban ke tepi bahawa adat itu budaya resam yang merosak agama. 

Adat itu adalah agama, pada bahasa Melayu lama.

Baru-baru ini, inspirasi telah menghadiri majlis perkahwinan di Johor Bharu.Fikiran mula muncul  untuk berkongsi  tentang satu aspek  perkahwinan bangsa Melayu.

menepung tawar, merenjis bunga mawar, menabur beras.

menepung tawar,merenjis bunga mawar dan menabur beras ada dalam istiadat Melayu.


gambar hiasan sahaja.


Ketiga-tiga golongan itu merupakan  signifikasi agama hindu.

Namun usaha untuk menjernihkan  antara agama dan adat jauh lebih sukar daripada yang dijangka. 

Walaupun nyata bersalahan dengan agama , mencabut adat yang asing daripada Islam , tidak semudah mencabut kemuncup yang lekat di kain.Akarnya dalam mendasar, batangnya tajam berduri.

Ramai generasi celik Islam hari ini mahukan perkahwinan yang bertepatan dengan sunnah. Jauh daripada bidaah dan ringkas, perjalanan  dan belanja.

kawan pernah bertanya kepada orang tua , " mengapa tidak diringkas sahaja walimah sanak saudara ? "

jawabnya , " ringkas-ringkas itu agama, tetapi jangan sampai menimbul tanda tanya. Ringkas kadang-kadang dilihat  seperti tergesa-gesa. Bagai ada yang tidak kena. "

Mahu tidak mahu, begitulah orang Melayu. Orangnya bercakap halus, kekadang tidak didengar, sering pula jadi di belakang.

bersanding

Pernah inspirasi mendengar keluhan daripada seorang wacana " hai ustaz, ceramah sana sini, tapi semalam ada pelamin juga, apa  hal ?"

mohon untuk tidak terus idealistik 

jangan sampai mahu bertegang leher menjelang hari perkahwinan



" kalau sekadar  buat meja makan beradat, takkanlah tetamu dan menantu terus  ke meja makan sahaja. Tentulah masuk ke rumah dahulu. Jika tidak masuk rumah, sedih pula si tuan rumah. Dan oleh kerana  sudah masuk ke rumah, kita elokkanlah sedikit kerusi tempat anak menantu nak duduk dan merakam memori bahagia. Itu sahaja bukan niat untuk bersanding atau menunjuk apa-apa .  "


sempat juga merasai duduk disinggahsana bersama saudara.. hehe


Terpulang kepada mereka. namun bagi yang sedar dengan realiti. Pemahaman Islam adalah berbeza. Kalau ini bagi kami tidak mengapa. 



rakaman memori terkahir di majlis berkembar pengantin perempuan


saya disini mendoakan pasangan yang  disatukan, abang iq dan kak azni semoga mendapat barakahNya dan bahagia selalu. salam syukur dan bahagia dari saya.

p/s : maaf andai tersalah bahasa atau korepsi idea. 

No comments:

Post a Comment