Wednesday, February 29, 2012

kakak raksasa, kakak raksasa


kakak raksasa, kakak raksasa 


" kakak raksasa ! kakak raksasa ! "


 " apa lih  ? "


 " lih ultraman, lih ultraman! serang kakak "


" yaaaaaaaaa "  * ultraman cuba menyerang raksasa


" mana boleh, kakak la ultraman, lih la raksasa "


" lih tak nak raksasa , raksasa jahat, lih nak ultraman "


habis tu, kakak kena jadi jahat ? " =.='


" ala, kakak jadila raksasa " muka majuk.euww..euww



haha, tulah serba sedikit drama antara kakak dan adik 


bongsunya.





      muslih  beraksi sebagai ultraman yang sekarang sudah 


                               genap umur 3 tahun.




begitulah, mana mungkin seorang kanak-kanak yang normal,


 tidak suka kepada hero mereka yang berwarna terang


, lincah, penuh aksi, penyayang, lucu, bercakap dengan 


jelas, lantas mendapingi watak-watak itu menjadikan


 mereka terhibur, gembira, malah ada juga yang beroleh " 


rasa selamat "




 cuba kita bayangkan


ultraman

seorang hero bernama ultraman yang action oriented. Dia 

diangkat sebagai pewira kerana bertidak kene pada

 masanya. Dia tidak perlu berleter dan bercakap untuk 

dilihat sebagai hero dan idola. Dia hanya perlu beraksi

 membuktikan kepahlwanan melalui tindakan.




boboi boy


watak satu pasukan yang terang dan menarik 


perhatian.Aksinya lincah dan sentiasa menang dalam


 pertempuran. Mereka juga bekerja dalam satu pasukan dan


 sering bantu-membantu untuk menangkis ancaman.sangat


 kuat mempengaruhi adik-adik / anak -anak kita.



yaaa!!!!!!!!!!!!




" kids, who is your superhero? "


 " kakak !!! "


" tp..kakak tak hebat macam mereka.kamu lebih membantu 


kakak "


" tak, kakak tetap hebat di mata kami sebab kakak sayang


 kami macam kami sayang kakak "


" tsk..tsk..dalam hati Allah je yang tahu "






 jika usaha membandingkan watak kita dengan watak 


nabi s.a.w itu dianggap terlalu jauh, maka cermin-cerminlah


 imej kita dengan animasi ini.mampukah kita menyaingi 


ultraman dan boboi boy? 






p/s : semoga Allah membantu kita untuk terus menjadi 


superhero untuk adik-adik/anak-anak. biarpun terpaksa 


bersaing dengan ultraman dan boboi boy. :) cerita ini tidak 


ada kena mengena dengan hidup atau pun yang sudah pergi. 


hua3





bukan cinta buta

Barney

 matanya besar

perutnya buncit
dan susah untuk dipeluk. 

hak3


tp  

dia tetap mendapat tempat dihati saya

 seorang yang

penyabar
 
pengasih 

 penyayang

 tidak marah-marah dan berleter

sentiasa membelai  dan pandai mengambil hati

sering ketawa

cinta saya bukan cinta buta

p/s : apakah kita kalah kepada keluhuran watak barney? ( ^_^ )

Monday, February 27, 2012

sunshine













Become,become whatever your heart says






p/s : don't forget our Iman inside















Thursday, February 23, 2012

sakinah :)





















a little girl once taught me the meaning of appreciating 

things in life - I saw her smiling to nothing in 

particular,and I asked her; what was the smile for.she

grinned and replied; 'I am smiling because I am 

grateful to Allah that I can still smile'.























Wednesday, February 22, 2012

memberi !


tak usah ubah orang, ubah diri kita



semoga hari ini, tenaga kita fokus untuk mencari redha Allah bukan penghargaan manusia.

erti hidup pada memberi. yarhh!



pencen kubur


anak yang soleh

semua anak  dilahirkan untuk menjadi ahli syurga

jangan fokus anak nakal tapi syukur sebab dia sihat.fokus pada kesihatan mereka. syukur alhamdulillah.
banyakkan puji mereka.




siapa yang bermanafaat  akan bermakna hidupnya.




 " kawan, alhamdulillah aku dah dapat pencen kubur lagi. "

" alhamdulillah. tahniah. saya disini tumpang gembira. "




jadikanlah kami anak yang soleh /solehah dan kurniakanlah  kami penyejuk mata dan hati. 

( ^_^ )


p/s : terima kasih ye anak-anak sebab dh jadi model untuk journal  akak.muahaa. 


senyum :)


senyum itu sunnah, bukan adat tapi satu ibadat.




Alhamdulillah. Jom kita senyum beramai-ramai.Senyum itu 

sedekah.Semua dapat pahala.Kita pun dapat pahala.

Insya-Allah. 


p/s : senyum.. ( ^_^ ) teheee



baik !

kita buat baik pada orang yang baik pada kita.itu biasa


kita buat baik pada orang yang kurang baik pada kita.itu luar biasa.

p/s : terima kasih  ( ^_^ )

bahagia

( ^_^ )

FOKUS APA YANG BETUL, BUKAN APA YANG SALAH

FOKUS APA YANG KITA BERI, BUKAN APA YANG KITA DAPAT



Budak kecil ada tak nilai baik? Semuanya baikkan ?

murah hati,comel,ikhlas, cute, lemah lembut, tak sangka buruk, tak pilih pangkat, peramah


Dia cakap dengan mak cik  cuci toilet sama saja  dengan orang pangkat besar .Tapi kita macam  mana? Dengan mak cik cuci tandas, kita tak peduli.Nak sedekah seringgit pun macam nak mati.Tapi dengan orang pangkat besar, kita sembah-sembah.Kenapa kita terlalu  mengodilisasikan manusia ? Cuba kita letak Allah Maha Besar ! Allah Maha Besar !

KITA BUAT BAIK PADA ORANG YANG  KENAL KITA. ITU BIASA
KITA BUAT BAIK PADA ORANG YANG TIDAK KENAL KITA, ITU LUAR BIASA.

( ^_^ )


P/S : selamat mencuba  dan korepsi diri bersama-sama . salam senyum dan sayang dari saya. : ) maaf kalau kata-kata ni macam bajet bagus sebab saya sendiri pun bersama-sama untuk belajar

Sunday, February 12, 2012

Biar mati anak, jangan mati adat.

" Biar mati anak, jangan mati adat "

Keras benar bunyi pepatah itu, sehingga menyakitkan jiwa Melayu Baru  bahawa jelik benar pemikiran orang dulu, sanggup mati anak semata- mata mahu mempertahankan adat.

Kita tidak boleh  memahami bahasa dahulu  dengan pemikiran hari ini. Bahasa lama perlu difikir cara lama. 

Orang Melayu membungkus agama dan adat  di dalam peti emas  yang dianggap sebagai jati dan harga diri.Agama dan  tatasusila  adat melayu, berfungsi untuk membentuk sebuah kehidupan  yang sopan , berseni dan berakhlak supaya cantik dipandang, sedap didengar dan manis dirasa. 

Maka jika bertemu watikah  bertulis sebagai  " hukum adat " janganlah terus dihumban ke tepi bahawa adat itu budaya resam yang merosak agama. 

Adat itu adalah agama, pada bahasa Melayu lama.

Baru-baru ini, inspirasi telah menghadiri majlis perkahwinan di Johor Bharu.Fikiran mula muncul  untuk berkongsi  tentang satu aspek  perkahwinan bangsa Melayu.

menepung tawar, merenjis bunga mawar, menabur beras.

menepung tawar,merenjis bunga mawar dan menabur beras ada dalam istiadat Melayu.


gambar hiasan sahaja.


Ketiga-tiga golongan itu merupakan  signifikasi agama hindu.

Namun usaha untuk menjernihkan  antara agama dan adat jauh lebih sukar daripada yang dijangka. 

Walaupun nyata bersalahan dengan agama , mencabut adat yang asing daripada Islam , tidak semudah mencabut kemuncup yang lekat di kain.Akarnya dalam mendasar, batangnya tajam berduri.

Ramai generasi celik Islam hari ini mahukan perkahwinan yang bertepatan dengan sunnah. Jauh daripada bidaah dan ringkas, perjalanan  dan belanja.

kawan pernah bertanya kepada orang tua , " mengapa tidak diringkas sahaja walimah sanak saudara ? "

jawabnya , " ringkas-ringkas itu agama, tetapi jangan sampai menimbul tanda tanya. Ringkas kadang-kadang dilihat  seperti tergesa-gesa. Bagai ada yang tidak kena. "

Mahu tidak mahu, begitulah orang Melayu. Orangnya bercakap halus, kekadang tidak didengar, sering pula jadi di belakang.

bersanding

Pernah inspirasi mendengar keluhan daripada seorang wacana " hai ustaz, ceramah sana sini, tapi semalam ada pelamin juga, apa  hal ?"

mohon untuk tidak terus idealistik 

jangan sampai mahu bertegang leher menjelang hari perkahwinan



" kalau sekadar  buat meja makan beradat, takkanlah tetamu dan menantu terus  ke meja makan sahaja. Tentulah masuk ke rumah dahulu. Jika tidak masuk rumah, sedih pula si tuan rumah. Dan oleh kerana  sudah masuk ke rumah, kita elokkanlah sedikit kerusi tempat anak menantu nak duduk dan merakam memori bahagia. Itu sahaja bukan niat untuk bersanding atau menunjuk apa-apa .  "


sempat juga merasai duduk disinggahsana bersama saudara.. hehe


Terpulang kepada mereka. namun bagi yang sedar dengan realiti. Pemahaman Islam adalah berbeza. Kalau ini bagi kami tidak mengapa. 



rakaman memori terkahir di majlis berkembar pengantin perempuan


saya disini mendoakan pasangan yang  disatukan, abang iq dan kak azni semoga mendapat barakahNya dan bahagia selalu. salam syukur dan bahagia dari saya.

p/s : maaf andai tersalah bahasa atau korepsi idea. 

Saturday, February 11, 2012

pesan dari hati


langkah demi langkah




Untuk tenangkan hati ingat mati dan bertaubat.




InsyaAllah segala peristiwa lama dan perkara menyakitkan 

hati akan hilang. 




Bila kita fokus pada cara mendapat husnul khatimah

 dan redha Allah ,perkara lama akan hilang. 




Salah satu sifat ego ialah cepat marah dan payah 

memaafkan kerana kita rasa diri kita besar dan kenapa 

orang harus buat sesuatu

 kepada kita. 




Cuba renung kesilapan kita pada orang dan

 perbaiki diri bukan ingat kesilapan orang pada kita. 




Kita hanya akan dapat apa kita telah buat. Jika orang 

sakitkan hati kita erti kita pernah sakitkan hati orang lain. 




Muhasabah diri selalu. 




Cuba audit apa emosi kita bila bangun 

tidur. 


Ia akan menentukan seluruh hari kita.




p/s  : selamat berjaya :)

Friday, February 10, 2012

I got love :)



bukan belajar dan kejayaan yang menentukan  kehidupan
kehidupan yang  memberi kejayaan dan pembelajaran




whoahh!
 fokus ke depan!

ya.ya

kehidupan aku yang bahagia , dekat dengan Allah, nak dekat dengan ilmu
barulah Allah cakap 
" lahirnya kamu untuk berjaya "

tsk..tsk.

sweet amatlah Allah ni. :')




He is my bosom friend

بسم الله الرحمن الرحيم
Ehem... Dengan nama Allah yg maha pengasih lagi maha penyayang. 
Quran kita nih digunakan untuk dibaca dan difahami, bukan jadi perhiasan letak atas meja, almari, bukan jadi alat nak lawan hantu, baca ayat-Nya tak mahu.
ish.. tapi tuh lah. orang sekarang. paling mudahlah kan.
Quran jadi barang hantaran ja. lepas nikah?  simpan dalam almari.
kahwin tu kan bina masjid. bukankah di dalam masjid itu orang beribadat kepada Allah?
kalau dah dalam perkahwinan tuh takda manisnya beribadat kepada Allah, 
umpama masjid yg tak diimarahkan. kosong. korang bayangkan lah sendiri macam mana keadaan masjid yg mati (?).


eh, topik utama pasal Quran dan mukjizat dia. apakehal melalut bab lain nih? haaiiissssyyy..


back to the point.

kita lah kan, dari dulu dengar ja Quran tuh hebat. semua benda ada.
pastuh kalau orang tanya, apa yg hebatnya Quran nih?
bangga lak tuh jawab. Quran nih semua benda ada. 
kalau orang tanya lagi, hah, apa bukti, surah apa? ayat apa?
dah taktau. senyap terus.
aku lah tuh. 
-_-"

dulu2 masa sekolah baca terjemahan pon macam kosong.
tak rasa apa-apa. tak nampak apa yg saintifiknya.
*aku lagi lah nih. 
-__-"

*sila ambil terjemahan masing2. kali ni aku nak korang cari sendiri dalam Quran. 
aku just tulis nombor ja. baru feel baca sendiri. 
takda terjemahan sendiri, Mr Google sedia membantu 24/7.
dan alangkah ruginya orang-orang yg tidak peduli, bukan ilmu yg aku buat, ilmu Allah, 
ilmu Sang Pencipta kita semua. Tuhan sekalian alam. (Al-Fatihah ; 2) 
tugas aku menyampaikan sahaja. 
zalim lah aku kalau tahu sorang-sorang tak cerita kat orang.
padahal, semua orang ada hak nak tau sekalipun dia bukan orang islam.



kata Quran tuh banyak benda saintifik.
apa bendanya yg saintifik?
yg biasa lah kita dengar,
madu tuh penawar? 16:69.
alah, selalu sangat dah.
matahari dan planet2 beredar atas orbit? 36:37-40
alaaaah... nih orang pon dah tau lama kan?

lagi? tuh ja?


okelah. kita advanced lah lagi.


tahukah anda, ada ayat yg menceritakan mengenai salji? 24:43.
amacam? subhanallah. coooool!

dalam Chemistry, kita belajar pasal chlorophyll tuh perlu untuk proses photosynthesis.
tahukah anda, melalui glucose  yg terhasil daripada proses ini akan terhasillah buah-buahan?
6:99. dalam ayat nih, 'khodiron' bermaksud hijau, yg mana dalam Bahasa Arab, 
ini ada kata nama, kalau ikut terjemahan, kita akan faham, pokok2 tuh yg hijau, sepatutnya hijau dalam ayat ini adalah kata sifat iaitu 'akhdar'. 
tetapi punya Allah nak kata buah-buahan itu dari sesuatu yg sememangnya hijau iaitu chlorophyll. sebab tuh lah Dia guna 'khodiron' dalam ayat nih.
masya Allah.


di dasar laut itu, tersangatlah gelap, sehinggakan cahaya pon tak boleh tembus.  24:40.
dalam terjemahan, 'gelombang demi gelombang' merujuk kepada spektrum cahaya. cahaya kan ada banyak warna, yg mana wavelength dia berbeza mengikut warna. 
cahaya cahaya ini hanya dapat menembus kedalaman laut yg tertentu mengikut warna.
yg mana bila sampai satu tahap kedalaman, tiada satu cahaya pon yg mampu menembusi.
*korang google lah sendiri. confirm jumpa.

semua benda hidup itu bergerak. 18:18.
dalam ayat nih, 'padahal mereka tidur, dan Kami bolak-balikkan kanan dan kiri..'
maksudnya, tidur tu hidup lagi kan? masih belum mati.
walaupun tidur dalam jangka masa yg lama, tapi Allah gerak-gerakkan badan mereka.
kalau diikutkan, dalam chemistry pon, segala benda punyai atom dan particle sendiri kan?
ingat tak, setiap zarah-zarah yg kecil itu sentiasa bergetar? 



kes beranak.okeee.. sila bukak 46:15.
'mengandung dan menyusunya selama 30 bulan..'
dalam islam, bayi patut disusui ibunya selama 2 tahun = 24 bulan.
30 -24 = 6.
jadi, 6 bulan ialah waktu paling minima untuk mengandung dan beranak.
ini diakui sendiri oleh Keith L. Moore yg menyatakan segala organ badan foetus complete terjadi pada akhir bulan ke-5.
uissyeeee.. hebat kan Quran nih?

segala haiwan yg hidup itu diciptakan daripada air. 24:45
analogi dia simple ja kot nak bagi faham. tell me what kind of animal can survive without water? NO such thing exists.  sebab tuh lah, kalau para saintis nak kaji planet lain yg manusia boleh hidup, kononnya 'nak lari', perkara pertama yg diorang cari ialah air.
kan?


 semua benda itu berpasang-pasangan 36:36.
aku tau, mostly first thing yg pop up dalam kepala bila baca ayat nih lelaki dan perempuan, kaaaaaan? -___-"
think out of the box.
segala organ2 dalam badan kita nih mesti kena ada gak 2 urat.
vein dan artery. darah yg keluar satu, g masuk satu.
lagi... api pasangannya air. even bunga pon ada jantan betina.
di sini, Allah nak tunjukkan, tiada satu pon yg perfect tanpa pasangan dia. 
hanya Dia satu-satunya yg sempurna. tiada dua atau tiga.


baru sikit kot, 0.01% apa dari isi Quran tuh.
tak masuk lagi component badan manusia nih terdiri daripada neutrogen oxygen, protein... bla3... ini pon ada dalam Quran.
itulah, orang suruh baca dan faham Quran nih bukan buat hiasan meja (membebel) * insafff..pheuww.
banyak lagi benda yg kita tak tau tapi ada. 


bayangkanlah, Quran ni diturunkan lebih kurang 1500 tahun dulu kepada Nabi Muhammad yg ummi (buta huruf) dan pada ketika tu, satu teknologi moden langsung takda nak kaji semua benda2 sains nih. 
zaman sekarang yg buktikan apa yg dalam Quran itu benar.
yg lain tak bukan, yg turunkan ayat ini hanyalah Dia yg menciptakan semua ini.
the divine words came from God, Allah, and not from Muhammad s.a.w.








setakat nih mesti dah terasa macam bertambah iman tuh kan? 
ceiiiii.. alhamdulillah.
:)

p/s : "Science without religion is lame, religion without science is blind." - Albert Einstein.